Tarikh Bayaran BPR Tambahan 2021

Bayaran Tambahan BPR 2021

Perdana menteri baru-baru ini mengumumkan penambahan bagi Bantuan Pritahin Rakyat (BPR) 2021.

BPR tambahan ini adalah penambahbaikan bagi penerima BPR 2021 dengan penambahan nilai bantuan melalui program PEMERKASA yang diumumkan perdana menteri bagi meringankan beban rakyat.

Bantuan tambahan ini diberikan kepada semua yang menerima BPR 2021 dan tidak perlu membuat permohonan lain .

Bagi mereka yang tidak lulus sebelum ini , haruslah membuat rayuan terlebih dahulu yang mana tempoh rayuan BPR 2021 akan dibuka pada 15 jun sehingga 30 jun .

Baca Sini Untuk Rayuan BPR 2021

Kaedah bayaran bantuan tambahan ini pula akan mengikut bayaran BPR 2021 fasa 2 , yang mana jika penerima sebelum ini dikreditkan terus ke akaun bank , tambahan BPR ini juga akan dikreditkan terus ke akaun bank.

Manakala bagi individu yang menerima BPR 2021 fasa 2 melalui tunai di kaunter BSN , maka individu tersebut akan mendapat bayaran dengan cara yang sama.

Bagi tambahan bantuan ini , jumlah tambahan akan diberikan kepada individu berdasarkan kategori jumlah kasar pendapatan bulanan. Tambahan yang akan diterima adalah seperti berikut .

Tambahan BPR Mengikut Kategori

Bayaran bagi tambahan BPR ini akan dilakukan pada penghujung bulan JUN , anda boleh menyemak status bayaran melalui portal rasmi LHDNM pada penghujung bulan JUN ini.

Bagi pemohon yang membuat rayuan BPR 2021, sekiranya permohon rayuan dipertimbangkan individu tersebut layak untuk menerima BPR 2021 dan jugak amaun BPR tambahan .