Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi



Drama I Promise Janji Anaqi bakal bersiara bermula 6 Disember 2021 bagi menggantikan Drama Sihir lakonan Kamal Adli dan Han Haqeem.

I Promise Janji Anaqi dibintangi oleh Sharnaz Ahmad  ,Emma Maembong ,Dayana Roza ,Alicia Amin ,Izuan Razali ,Ellyas Abdullah dan beberapa orang pelakon hebat lagi.

Drama I Promiss Janji Anaqi ini bakal ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11 malam disaluran Astro Ria dan Astro OTG.

Sinopsis drama ini mengisahkan Hayla lakonan Emma Maembong yang sudah berkahwin namun menjadi mangsa keganasan suami beliau .

Hayla cuba melarikan diri bagi memulakan kehidupan baru ,bertemu dengan Anaqi lakonan Sharnaz Ahmad seorang pembunuh upahan yang diburu kerana kisah silam beliau.

Anaqi yang mengetahui kisah yang berlaku terhadap hayla berjanji untuk menjaga keselamatan hayla yang mana mereka berdua sudah jatuh cinta antara satu sama lain .