Andai Itu Takdirnya


Andai Itu Takdirnya drama bersiri terbaru arahan Jamal Khan yang dibintangi oleh pelakon hebat Syukri Yahaya bergandingan bersama Hanna Delisha akan ditayangkan dalam slot megadrama Astro Ria.

Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khami pukul 10 malam disaluran Astro Ria dan juga boleh distrim di aplikasi Astro Go dan boleh menonton kembali menerusi On Demand yang disediakan pihak Astro.

Drama 60 episod ini adaptasi dari Novel hebat karya Siti Rosmizah , Andai Itu Takdirnya dilayarkan bakal menemui penonton bermula 6 Mac 2023 ini semestinya bakal menarik ramai penonton dengan gandingan duo pelakon hebat.

Andai Itu Takdirnya mengisahkan Syed Adam seorang lelaki yang menjadi pujaan dikolejnya kerana ketampanan dan juga seorang anak kepada tokoh koporat dan mempunya penampilan yang menarik manakala Hanna Delisha memegang watak sebagai Aleya seorang insan yang kehidupannya sederhana.

Aleya , seorang wanita yang hidupnya sederhana namun menyimpan perasaan terhadap Syed , seorang lelaki yang mempunya penampilan menarik dan jugak tampan yang mana menjadi pujaan setiap wanita dikolejnya.

Perkara tidak dijangka berlaku apabila Syad Adam dan Aleya telah disatukan , namun awal pernikahan mereka agak tidak berapa baik sebelum Syed Adam mengalami kemalangan dan telah menyesal dengan perbuatannya terhadap Aleya.

Namun , hubungan Syed dan Aleya kembali retak apabila kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka , apabila Syed telah jatuh cinta kepada seorang wanita Sharifah Emilin menyebabkan Syed berlaku dingin kepada Aleya dan sering berlaku pertengkaran antara mereka.

Jangan lupa untuk meyaksikan episod penuh Andai Itu Takdirnya yang akan mula ditayangkan pada 6 Mac 2023 pada hari Isnin hingga Khamis pukul 10 Malam disaluran Astro Ria dan juga strim di aplikasi Astro Go.