Berita Tempatan
Hujan Lebat , Tebing Terhakis Punca Air Terjun Lata Y Keruh - JPNK
Ia dikatakn berpunca dari aktiviti pembalakan yang berlaku diatas kawasan air terjun terbabit menjadi salah satu punca keadaan air menjadi keruh.
Hasil tinjauan ke kawasan air terjun Lata Y hari ini mendapati keadaan airnya sudah pun jernih dan tidak seperti air teh ais pekat yang ditularkan sebelum ini.
Keadaan Terkini Air Terjuan Lata Y |
Dalam pada itu , Pengarah Jabatatan Perhutanan Negeri Kelantan ( JPNK ) berkata keadaan ini berlaku kerana cuaca semasa yang mana kini hujan lebat yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Ini menyebabkan tebing-tebing sungai terhangkis salah satu punca mengapa keadaan air di Lata Y menjadi keruh seperti ais pekat.
Menurutnya lagi , ia hasil siasatan yang dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan mendapati hujan lebat yang berlaku diatas kawasan air terjun tersebut menjadi punca dan juga terdapat aktiviti perhutanan yang berlaku.
Keadaan Jalan Ke Lata Y |
Hasil semakan , terdapat 2 lesen aktif yang dibenarkan berhampiran Lata Y bagi pembangunan ladang hutan yang jaraknya dalam 1 Kilometer (km).
Lesen bagi pembangunan ladang hutan itu juga mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS).
" Pada pendapat netizen pula , alasan yang diguna pakai Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan itu seperti tidak boleh diguna pakai menjadikan alasan hujan lebat yang menyebabkan air menjadi keruh.
Kerana sebelum Aktiviti Pembangunan Hutan berdekatan kawasan tersebut belum ada , air terjun itu tidaklah seteruk seperti yang ditularkan sebelum ini .
Walaupun hujan yang lebat , tapi keadaan airnya masih lagi nampak kejernihannya . Kalau bukan kerana tangan manusia dan ketamakan tidak akan berlaku perkara seperti ini , ujar beliau ."