Sinopsis Drama Akira Khan


Drama terbaru dalam slot mega drama Astro Ria , Akira Khan bakal ditayangkan pada 18 January 2023 pada pukul 10 malam dan akan bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis bagi menggantikan drama Cina buta .

Drama Terbitan SR ONE Sendiri Berhad yang mana  Akira Khan ini diadaptasi oleh Novel ' Akira Khan ' karya Ammara Ayyash yang dilakonkan pasangan suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Mengisahkan seorang gadis , Akira Khan yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose yang mana seorang gadis berasal dari negara Pakistan telah jatuh cinta kepada Raden lelaki dari Malaysia yang dilakonkan oleh Kamal Adli .

Namun kerana perbezaan budaya dan negara , cinta mereka terhalang dan menyebabkan Akira Khan dan Raden bernikah tanpa pengetahuna Ibu Bapa Akira Khan namu mereka terpaksa berpisah oleh desakan keluarga .

Raden yang pulang ke Malaysia ditimpa musibah apabila terbabit dalam kemalangan menyebabkan beliau hilang ingatan dan perkara tersebut tidah diketahui Akira Khan yang cuba menghubunginya namun tidak berjaya .

Dan akhirnya mereka berdua bertemu kembali tapi malangnya ingatan Raden masih belum pulih menyebabkan Raden tidak mengenali isterinya Akira Khan . Namun Akira khan tidak berputus ada untuk mengembalikan ingatan Raden.

Akira Khan berusaha keras untuk membuatkan Raden kembali pulih , namu dalam usahanya itu pelbagai dugaan dan cabaran yang harus beliau tempuhi dek kerana keluarga yang tidak merestui dan berusaha untuk memisahkan mereka .

Dapatkan Akira Khan mengembalikan semula ingatan Raden dan adakah mereka berdua akan terus menjadi suami isteri ? Jadi jangan lupa untuk saksikan 28 episod drama Akira Khan yang akan bermula pada 18 January 2023 pada pukul 10 Malam disaluran Astro Ria .