Sinopsis Drama Jesnita


Drama terbaru , Jesnita dalam slot tiara Astro Prima bagi menggantikan drama Takdir Cinta Dhia bakal ditayangkan pada 7 November 2022 setiap hari isnin hingga jumaat pada pukul 6 petang disaluran Astro Prima dan Juga Astro Go .

Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Intan Najuwa yang memegang watak sebagai Jesnita , Nasha Aziz sebagai Syafinaz , Yusuf Bahrin sebagai Rafael , Fikry Ibrahim sebagai Zainal , Che Ta sebagai Rosemila dan rama lagi pelakon - pelakon yang turut menjayakan drama ini .

Drama 40 episod ini diproduksikan oleh Zell Production yang mana skripnya tulis oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil, Sidek Ariff, Irwan Mansor, Nurul Hazrina dan diarahkan oleh pengarah hebat Emi Sufian .

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Jesnita yang terlalu obses dan gilakan harta harta sanggup berbuat apa sahaja untuk kepuasan diri beliau . Berkahwin dengan Zaid , seorang pewaris ahli perniagaan demi kepuasan diri beliau .

Namun bagaimana sikap boros zaid kerana sayangkan Jesnita sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan isterinya dan ketika Syarikatnya mengalami kejatuhan , Jesnita akhirnya bercerai dengan Zaid dan berkahwin dengan Rafael yang merupakan Rakan niaga kepada Zaid .

Kehidupan Jensnita selepas berkahwin dengan Rafael sedikit sukar kerana Rafael sudah mempunya isteri dan dalam masa sama bekas ibu mertua beliau , dalam usaha untuk menjatuhkan Jesnita dek kerana dendam dengan apa yang dilakukan beliau ketika menjadi isteri kepada Zaid .

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan drama hebat ini yang dibintangi oleh pelakon - pelakon hebat setiap hari isnin hingga jumaat pada pukul 6 petang dalam slot tiara disaluran Astro Prima dan juga boleh strim di aplikasi Astro Go .

Tonton Episod Akhir Di Bawah