Sinopsis Drama Kids Nowadays

Drama terbitan Suhan Movie & Trading , Kids Nowadays akan mula bersiaran pada 15/8/2022 bagi menggantikan drama Ratu Ten Pin musim 2. Akan disiarkan disaluran Astro Ria HD dan juga Astro On The Go pada setiap hari Isnin - Khamis pada pukul 11 Malam.

Kids Nowadays ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dato Awie , Alvin Chong , Wana Ali dan ramai lagi yang mana mengisahkan seorang duda bernama Jaafar lakonan Dato Awie , dikatakan ingin melanjutkan pelajaran ke universiti namun ditentan oleh anaknya.

Kerana telah berjanji dengan bekas isterinya , Jaafar tetap berkeras untuk melanjutkan pengajiannya ke universiti dan telah mendaftar masuk di universiti tanpa pengetahuan anaknya Najiha yang dilakonkan oleh Wan Sharmila yang juga pegajar universiti yang sama .

Akhirnya Jaafar dapat melanjutkan perlajarannya ke universiti , pelbagai perkara yang mencuit hati timbul ketika pertama kali jaafar tiba di universiti . Dan dalam masa sama , ada perasaan suka kepada pengajar universiti yang dilakonkan oleh Wana Ali yang memegang watak sebagai Hanna .

Namun , Najiha masih lagi belum dapat menerima yang bapanya meneruskan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dan meyebabkan sering bertengkar mulut dengan bapanya . Namun Jaafar cuba memujuk agar anaknya memahami hasratnya untuk melanjutkan pelajaran.

Jangan lupa untuk menyaksikan Drama Kids Nowadays ini , bagi mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya . Dapatkan Jaafar mengejar Cita - citanya dan juga mengejar cinta terhadap Hanna . ?

TONTON SEMUA EPISOD DI SOOKA Tekan Sini )