Netizen Indonesia Yakin Indonesia Menang - AFF SUZUKI CUP


Peminat bola sepak Indonesia yakin pasukannya mampu untuk menewaskan Malaysia dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan 19 Disember ini.

Keyakinan tersebut dilontarkan selepas pasukan Malaysia yang tewas ketika bertemu Vietnam dengan jaringan 3 - 0 .

Menurut mereka , pemain indonesia ketika ini dalam prestasi terbaik yang mana perlawanan sebelumnya mereka telah membelasah pasukan Kemboja 4 - 2 dan Loas 5 - 1.

Pertemuan diantara Malaysia dan Indonesia bakal menjadi titik tolak kepada pasukan Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir.

Ketika ini pasukan Malaysia berkedudukan ditangga ke-3 selepas tewas kepada pasukan Vietnam sebelum ini . Ini akan menyukarkan pasukan Malaysia bagi melayakkan peluang ke separuh akhir.

Indonesia bakal bertemu Vietnam terlebih dahulu esok 15 Disember sebelum turun beraksi menentang pasukan Malaysia pada 19 Disember ini .

Kelebihan rehat beberapa hari harus digunakan pasukan Malaysia untuk merancang strategi bagi menentang pasukan Indonesia yang tampak dalam preastasi terbaik ketika ini .