Kumpulan Tiro Juara Maharaja Lawak Mega 2021

TIRO JUARA MLM 2021

Malam kemuncak Maharaja Lawak Mega 2021 akhirnya melabuhkan tirai malam tadi setelah 10 minggu para peserta telah menyajikan lawak-lawak yang membuatkan kita tidak kering gusi.

Kumpulan Tiro dinobatkan sebagai juara MLM 2021 yang telah memberikan persembahan paling menarik antara kesemua perserta , yang mana kedua-dua persebahan mereka mendapat 5 HA oleh juri.

Manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan PUTEH , ketiga kumpulan BORO , keempat kumpulan BAHYE dan kelima jatuh kepada kumpulan TOBAT.

Dengan kemenangan itu , kumpulan TIRO yang dianggotai Danial , Saiful dan Sharif membawa pulang hadiah kemenagan sebanyak RM500.000 beserta trofi kemenangan.

Dalam minggu terakhir ini , 5 perserta yang layak akan membuat dua persembahan yang mana satu persembahan tema bebas manakalah satu lagi tema muzikal.

Sharnaz Ahmad : Sang Bara

Yang paling menarik ialah kemunculan sang bara yang ditunggu ramai penonton , yang mana kelancangan mulut sang bara setiap episod yang menghangatkan program MLM 2021 setiap minggu.

Sharnaz Ahmad selama ini menjadi sang bara , akhirnya mendedahkan diri pada pentas akhir dan sebelum itu gimik berlalu apabila Kamal Adli menyamar sebagai sang bara..

Tamat Maharaja Lawak Mega 2021 musim ini , dengan pelbagai suka dan duka bagi pelawak-pelawak yang mengambil bahagian , Semoga bertemu lagi pada musim hadapan .