Wanita Ini Dedahkan Pernah Terkena Makan Ikan Siakap Viral Di Langkawi


Beberapa hari ini viral berkenaan harga ikan siakap di Langkawi mencecah RM1,196 seekor yang mana harga berkenaan tidak masuk akal.

Seorang lagi individu tampil mendedahkan beliau juga pernah makan dikedai yang sama, yang mana beliau juga terkejut dengan harga ikan siakap tersebut.

Beliau terpanggil berkongsi pengalaman yang dilaluinya yang mana beliau memang tahu makan di restoren terapung memang agak mahal.

Menurut beliau , perniaga tidak memberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan , hanya mengetahui apabila total bil diberikan ketika ingin membuat pembayaran.

Jangkaan beliau,semua pesanan yang dibuat mungkin tidak memelebihi RM700 , namun beliau terkejut apabila jumlah keseluruhan perlu dibayar adalah sebanyak RM1,660 .

Ikan siakap beliau dapat seberat 4.90 KG yang berharga RM896 , ini bermakna 1KG ikan siakap tersebut adalah RM182 .

Apa yang menyedihkan beliau lagi , ada sebuah keluarga yang berhampirannya terpaksa mengumpul duit dari kalangan mereka untuk membayar bil makanan.

Beliau berharap peniaga lebih telus selepas ini , dan menginform tentang harga dan ikan yang henda diberikan.

Jadikan ini satu pengajaran juga kepada pelanggan agar lebih berhati-hati berkenaan harga ketika mengambil pesanan.