Facebook, Instagram dan Whatsapp Tidak Dapat Diakses Seluruh Dunia


Downdetector hari ini melaporkan terdapat gangguan kepada facebook, Instagram dan Whatsapp pada pukul 11:45 malam waktu Malaysia .

Gangguan ini menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses ketiga-tiga laman sosial ini , ini kerana ketiga-tiga laman sosial ini dibawah naungan yang sama dan jarang berlaku seperti ini .


Menurut laporan, ganguan ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja . Ini melibatkan kepada pengguna seluruh dunia yang mana terdapat lebih 5.6 juta laporan yang diterima berkenaan gangguan ini .

Walaubagaimanapun ,setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dan pihak Facebook , Instagram dan Whatsapp tentang masalah berlaku dan bila akan di selesaikan .

Ganguan ini jarang sekali berlaku kepada ketiga-tiga laman sosial ini sekali gus , menyebabkan ia menjadi trending di twitter dengan hashtag #whatsappdown #facebookdown #instagramdown