Umno Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin , Tolak Anwar Jadi Perdana Menteri

Kuala Lumpur : Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk mearik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional serta merta.

Menurut Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi , sokongan Umno kepada Perikatan Nasional sejak mac 2020 itu ditarik balik selepas mesyuarat yang mana mendapat undian dua pertiga ahli Majlis Tertinggi .

Ini bermakna tempoh sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin yasin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta merta  dalam sidang media malam tadi .

Hal ini diputuskan berpandu kepada tujuh ketetapan Majlis Tertinggi Umno ketika menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin pada tahun lepas .

Umno tidak akan berkompromi kerana kegagalan kerajaan menangani Pandemik Covid-19 selain kerajaan seperti memperkotak-katikkan istitusi beraja.

Tolak Anwar Jadi Perdana Menteri

Selain itu , Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno tidak sekali-kali memberi sokongan ataupun sebarang usaha bagi mencalonkan ketua parti Pakatan Harapan (PH) Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri .