Saya Sedih Ramai Orang Maki Dan Kutuk Caprice , Dia Pun Muslim Juga - Ustaz Abu Syafiq


Ustaz Abu Syafiq berasa sedih dan simpati terhadap Caprice apabila dikutuk dan dimaki netizen berkenaan isu yang berlaku di antara beliau dan Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Abu Shafiq berkata beliau ingin  memberi nasihat kepada netizen , artis dan mana-mana influencer tanah air.

Katanya dalam kita boleh berbuat baik pada orang musyrik dan tidak boleh perli atau memaki kepada orang kafir .

Sumber : Instagram


Menurutnya , beliau terpanggil untuk menegur semua pihak terutama pada mereka yang suka menghina , memerli dan mengutuk usaha baik mana-mana pihak.

Kita tahu Caprice sedang berusaha untuk membuat kebaikan dan dalam waktu sama dia nampak perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Dan walau Caprice salah sekalipum tidak halal untuk kita memaki hamun dia kerana dalam Islam melarang perbuatan itu .

Ustaz Abu Syafiq berkata beliau mendoakan agar Caprice dan mana-mana pihak berjaya dalam usaha misi bantuan ke Gaza Palestin tak kira dalam apa bentuk bantuan sekalipun.

Kalau dia (Caprice) bersalah , maafkan dia . Kita pun bukan ma'sum terpelihara dari segala perbuatan dosa .

Sumber : IG Ustaz Abu Syafiq