Lima Negeri Beralih Ke Fasa 2 Bermula 5 Julai Ini

PUTRAJAYA : Lima Negeri yang mencatat penurunan kes akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 5 julai ini.

Negeri yang terlibat dalam peralihan Fasa 2 ini adalah Perlis , Perak , Terengganu , Kelantan dan Pahang. Lima negeri ini capai ketiga-tiga nilai ambang peringkat negeri bagi beralih ke Fasa 2 PPN .

Tiga indikator yang perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan Fasa 2 PPN, iaitu kes purata harian turun kepada 4000 kes , kadar populasi yang menerima dua dos suntikan lengkap vaksinasi ( 10% ) dan kadar penggunaan Katil Unit Rawatan Rapi ICU .

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Negara , Dato Seri Ismail Sabri Yakoob bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini .