Cara Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP

I-Citra Online


Kerajaan baru-baru ini mengumumkan program pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi ( PEMULIH) , 

Dalam program tersebut kerajaan telah memberi peluang kepada ahli bagi mengeluarkan caruman kwsp yang dinamakan i-citra .

Syarat Permohonan I-Citra

  • Minimum Baki dalam akaun KWSP RM150
  • Pengeluaran Minimum RM50 dan Maximun RM5000
  • Baki harus ada RM100 selepas pengeluaran i-citra
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Warganegara atau Penduduk Tetap

Bagi ahli yang ingin membuat permohonan pengeluaran i-citra boleh mengikuti langkah dibawah .

Langkah-langkah Permohonan Online I-Citra

1 : Masuk ke web ini : I-Citra KWSP

2 :Tekan Pada Borang Permohonan 


3 : Masukkan No Kad Pengenalan dan No Telefon Anda


4 : Masukkan No Pengesahan OTP yang dihantar ke No telefeon Anda


5 : Pilih Amaun yang anda ingin keluarkan (maximum RM 5000)
  • Anda boleh membuat pengurangan pengeluaran


6 : Semak amaun pengeluaran yang anda inginkan


7 : Semak Detail Peribadi Anda
  • Nama
  • Kad Pengenalaan
  • No Telefon

8 : Kemaskini butiran jika belum diisi atau ada pertukaran
  • Email
  • Alamat Terkini

9 : Tekan Ya dan Isi Maklumat Bank Untuk Pengeluaran, pastikan anda
  • Mempunyai Akaun Bank
  • Akaun Yang Masih Aktif


10 : Pilih jawapan untuk dua soalan yang diberikan sebab-sebab anda ingin mengeluarkan i-citra


11 : Semak kembali detail yang anda masukkan seperti
  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • No Telefon
  • Alamat Terkini
  • Email


12 : Semak No Akaun Bank dan Tick pada ruangan mengesahkan detail anda dan tick pada Saya bukan         robot dan tekan hantar


13 : Tekan pada Terma dan Perakuan , dan baca terma tersebut selepas itu tekan tutup dan tekan hantar         sekali lagi



14 : Selesai Permohonan , cetak atau screen shoot sebagai bukti permohonan andan. 


Permohona anda akan diproses dalam beberapa hari , jika semuanya lengkap dan anda layak untuk membuat permohonan pengeluaran , pembayaran pertama akan dilakukan pada bulan ogos .

Akaun 2 akan digunakan terlebih dahulu dan jika akaun kedua anda amaun tidak mencukupi , maka akaun 1 akan digunakan .

Jika anda membuat permohonan sebanyak RM5000 , maka bayaran yang anda akan terima ialah RM1000 setiap bulan bermula pada bulan Ogos sehingga Disember .

Segala perubahan tertakluk kepada i-citra KWSP .