Warga Emas Dikatakan Culik Remaja Perempuan OKU Ketika Ibu Beli Sarapan


Rawang : tular satu seorang lelaki dan wanita menahan sebuah kenderaan jenis perodua dikatakan telah melarikan adik beliau ketika ibunya sedang membeli sarapan pagi .

Remaja yang berusia 16 tahun itu seorang OKU (lembam) bersama ibunya sedang membeli sarapan pagi disebuah warung berhadapan Ambank Bandar Country Homes .

Selepas selesai membeli sarapan , ibunya menyedari bahwa anak perempuanya sudah tiada dan beliau bertanyakan kepada  seorang perniaga dikawasan tersebut.

Perniaga itu memberitahu beliau ternampak seorang lelaki cina berambut putih membawa anaknya menaiki sebuah kenderaan jenis perodua bewarna silver dan menghala ke arah Masjid Bandar Country Homes.

Setelah siasatan Polis dibuat ,remaja tersebut sebenarnya berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya dan menahan kenderaan yang melalui kawasan tersebut .

Polis mengesahkan remaja tersebut bukanlah diculik tetapi warga emas tersebut hanya ingin membantu remaja tersebut kerana seperti meminta pertolongan dan laporan sudah ditarik balik oleh ibu remaja tersebut .