Ustaz Ebit Lew Sudah Memasuki Gaza , Diiringi Kereta Berperisai Tentera Mesir

Gambar : Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew akhirnya berjaya memasuki Gaza dalam misi bantuan kemanusia bagi menyampaikan sumbangan kemanusian kepada rakyat palestin yang terjejas akibat peperangan baru-baru ini.

Dalam kiriman facebook beliau , Ebit Lew berterima kasih kepada individu-individu dan pelbagai agensi bagi menjayakan misi bantuan kemanusian ini.

DIIRINGI KERETA BERPERISAI

Ebit Lew berkata , sepanjang perjalan mereka memasuki Gaza diiringi kereta berperisai tentera Mesir dan bersyukur kini sudah berada di Gaza .

Menurutnya lagi, mereka team pertama didunia yang dibenarkan untuk memasuki Gaza melalui pintu Rafah selepas perang 2021 yang berlaku baru ini .

Terdapat lebih kurang 30 lagi NGO yang masih menunggu untuk memasuki Gaza dalam misi bantuan dan beliau berdoa agar dipermudahkan segala urusan mereka .

SEPERTI DIKAMPUNG HALAMAN

Sebak dan sayu , ujar Ustaz Ebit Lew apabila berjaya memasuki Gaza dan disambut Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut ketibaan beliau ke Gaza .

Sepanjang perjalanan , terasa bagai dikampung halaman terdengar sayup suara yang mengajak beliau untuk makan dan minum seperti keluarga yang sangat dekat .

DEMI KESELAMATAN

Ustaz Ebit Lew memohon maaf kerana jarang update keadaan dan keberadaan beliau disana , ini bagi menjaga keselematan beliau dan team .

Beliau berterima kasih kepada Dato Seri Hishammuddin kerana banyak membantu dalam usaha misi kemanusiannya ke Gaza .

Tak lupa juga kepada Tungku Mahkota Johor , TMJ yang turut serta memberi sumbangan , semangat dan sentiasa bertanya khabar keadaan beliau dalam misi beliau ini.