Tempoh Kritikal , Kita Akan Percepatkan Vaksinasi Seluruh Negara - Khairy Jamaluddin


Keadaan terkini agak kritikal dengan jumlah  kes positif Covid-19 yang amat tinggi . Dengan penularan varian varian baru yang lebih agresif ini , jelas amat membimbangkan dan Sistem Kesihatan juga agak tertekan dengan situasi yang berlaku sekarang ini.

Kawalan pergerakan semestinya memberi impak besar kepada eknomi rakyat malaysia , terutama apabila kerajaan terpaksa melakukan LockDown bagi membendung wabak ini .

Kawalan ini tidak boleh berterusan , ini mungkin akan menyebabkan lebih ramai yang akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan .

Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Dengan keadaan situasi terkini yang amat membimbangkan , program Vaksinasi Negara kita haruslah dipercepatkan bagi membendung wabak ini agar kawalan pergerakan tidak berterusan yang menyebabkan ekonomi rakyat Malaysia terjejas teruk.

Menurut Khairy Jamaluddin  sebelum ini, jangkaan awal kita mensasarkan 80 peratus di vaksinasi sebelum akhir tahun ini . Namun dengan kedaan yang kritikal , Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin megarahkan agar proses Vaksinasi ini dipercepatkan . 

Menurut Perdana Menteri , rundingan semula dengan pembekal Vaksin telah dilakukan bagi penghantaran vaksin dipercepatkan .

Vaksin : Sinovac dan Pfizer

Rundingan itu jelas memberi kelegaan kepada kita apabila SINOVAC akan menghantar keseluruhan tempahan Vaksin sebanyak 12 juta dos sebelum akhir bulan julai ini . Manakala bagi PFIZER pula akan menghantar 25 juta dos dalam suku tahun ketiga . 

Selain itu , Kerajaan juga akan meningkatkan kapisiti Vaksinasi di seluruh Negara yang mana kadar terkini sebanyak 100,000 dos sehari akan ditingkatkan kepada dua kali ganda pada bulan Julai nanti .

Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka diseluruh Negara termasuklah PPV MEGA yang mana boleh melaksanakan Suntikan Vaksin dengan kadar 5,000 hingga 10,000 sehari .

PPV Klinik swasta juga kini sudah mula beroperasi dan jumlah akan terus ditambah , Kerajaan mensasarkan akhir Jun ini 1000 PPV Klinik swasta agar dapat memberikan akses lebih mudah kepada orang ramai bagi menerima suntikan Vaksin . 

PPV Pandu Lalu

Hospital swasta akan turut menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan beberapa PPV pandu lalu juga akan dibuka . Dengan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin dibuka  berharap proses Vaksinasi seluruh negara dapat berjalan dengan lancar bagi membendung wabak ini .

Bagi anda yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin , bolehkan mendaftar sekarang dengan menggunakan Aplikasi My Sejahtera ataupun di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.