Tan Cheng Hoe Yakin Malaysia Dapat Kalahkan Vietnam

Cheng Hoe Yakin Dengan Pemain

Ketua jurulatih negara , Tan cheng hoe yakin anak buahnya mampu mencalar ego pasukan vietnam pada perlawanan kelayakan piala dunia tengah malam ini.

Menurut Cheng hoe , dengan peningkatan dari aspek teknikal dan taktikal yang ditunjukkan anak buahnya itu adalah peluang yang harus digunakan untuk menamatkan badi kekalahan kepada vietnam.

Semangat yang ditonjolkan anak buahnya ketika sesi latihan menambahkan lagi keyakinan beliau bagi menghidupkan peluang ke piala asia 2023.

Pemain Kelihatan Bersemangat Ketika Latihan


Pasukan Malaysia yang kini terdesak mencari kemenangan selepas terpaksa akur dengan kebehatan pasukan UAE minggu lepas apabila dibelasah empat kosong .

Cheng heo berharap mana-mana pemain yang bakal diturunkan dapat memberikan komitmen dan tumpuan sepenuhnya ketika berlawan dengan pasukan vietnam  .

Dengan kualiti pemain yang di miliki , beliau yakin perlawanan menentang vietnam malam ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan.

Dion Cools Nadi Pertahan Negara


Tambah lagi dengan kehadiran pemain kacukan sensasi , Dion cools menjadi nadi pasukan yang akan bergandingan bersama Aidil Zafuan dibahagian pertahanan .

Walau bagaimanapun, seorang lagi pemain kacukan dibahagian pertahanan Junior Eldstal hampir pasti tidak dapat diturunkan pada perlawanan malam ini akibat kecederaan.

Kita tahu vietnam salah satu pasukan yang kuat dah sukar ditewaskan , tapi dalam bola sepak tiada yang mustahil jika kita memberikan persembahan yang terbaik - ujar Cheng hoe.

Vietnam Mendahului Carta Kumpulan G


Pasukan vietnam yang kini mendahului carta kumpulan G dengan mengutip 14 mata tanpa kekalahan dan hanya bolos sekali , manakala pasukan malaysia dikedudukan ke empat dengan 9 mata .

Mengikut statistik lima perlawanan terakhir , empat darinya dimenangi oleh pasukan vietnam dah satu berkesudahan seri. Kemenagan terakhir pasukan malaysia ke atas vietnam ialah pada tahun 2014. 

Perlawanan malam ini diantara Malaysia bertemu Vietnam boleh ditonton secara lansung disaluran RTM dan juga Astro Arena. Perlawanan akan bermula pada pukul 12.45 tengah malam waktu malaysia