Posting ' Saya Sudah Tutup Pintu Depan Tapi ' Ismail Sabri Yaakob Jadi Perbahasan

Menteri Kanan Pertahanan , Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob


Satu POSTING dilaman facebook Menteri Kanan Pertahanan , Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menjadi perbahasan netizen apabila memuat naik satu posting yang bertulis " SAYA SUDAH TUTUP PINTU DEPAN TAPI " .

Reaksi netizen berkenaan posting tersebut berpendapat , ia seperti  Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob meluahkan kekecewaannya berkenaan status lockdown yang bermula semalam 1 Jun sehingga 14 Jun seperti akan menemui kegagalan.

Gambar Hiasan


Ini kerana ada yang berpendapat lockdown terkini yang laksanakan seperti " telur separuh masak " kerana tidak seperti lockdown pertama dahulu . Banyak kelonggaran yang diberikan terhadap sektor - sektor perkilangan yang mana menjadi penyumbang kepada kes COVID-19

Ini berikutan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam memberitahu sebanyak 95,142 Syakirat dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ketat ketika tempoh lockdown bermula sejak semalam , yang mana dianggarkan 1.2 juta pekerja yang dibenarkan untuk bekerja .

Keputusan yang dibuat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga mendapat tentangan daripada netizen yang mana menyatakan lockdown yang bermula 1 Jun itu tidak akan memberi  apa-apa kesan bagi membendung wabak COVID-19  jika masih banyak Syarikat yang dibenarkan beroperasi .

Gambar Hiasan


Keadaan ini jelas membimbangkan rakyat jika lockdown kali ini tidak memberi apa-apa kesan penurunan kes, ia  akan menyebabkan Kawalan Pergerakan ini akan berterusan dengan lebih lama lagi dan menyusahkan rakyat .

Jika perkara ini berterusan , yang paling terjejas teruk ialah kepada ekonomi rakyat  dimana akan lebih ramai lagi yang akan dibuang kerja  dan hilang sumber pendapatan .

Netizen juga mahukan penjelasan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkenaan kebenaran kepada syarikat yang beroperasi dalam tempoh lockdown 1 Jun sehingga 14 Jun .

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan kecuali kepada 17 sektor seperti Makanan , Kesihatan , Veterinar dan Keselamatan .

Pada smua sektor yang dibenarkan beropeasi pula hanya dihadkan kepada 60 peratus pekerja sahaja dibenarkan .