MB Kedah Dikatakan Langgar SOP Uji Pandu Kereta Ketika Tempoh Lockdown

MB Kedah Di Katakan Sedang Pandu Uji Ford Raptor


Satu perkongsian dilaman facebook " Nini Siron " berkongsi pengalaman menegur Menteri Besar Kedah ketika sedang Pandu Uji sebuah kenderaan di Juru Autocity, berhadapan pusat pameran FORD AUTOCITY .

Berlaku Di Depan Mata


Lebih kurang pada pukul 6:30 petang 5 Jun 2021 , beliau dan suami yang baru selesai maletakkan kenderaan di kawasan parking kedai ECO (RM2) berdekatan dengan lokasi kejadian.

Beliau dan suami terlihat kelibat seseorang yang agak familiar , apabila melihat dengan lebih jelas dan mengesahkan kelibat tersebut ialah Menteri Besar Kedah.

Kelihatan Keluar Untuk Di Pandu Uji


Itu menimbulkan persoalan kepada beliau apabila ketika ini, tiada Pandu Uji yang dibenarkan dalam tempoh lockdown yang bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Ketika itu MB Kedah dikatakan bersama dua orang lelaki berbangsa Melayu dan satu lelaki cina sedang beredar menaiki kenderaan Ford Raptor biru untuk di Pandu Uji.

Apabila kenderaan Pandu Uji itu kembali semula ke pusat pameran selepas 10 minit , mereka turun dan seperti berbincang sesuatu.

" Beliau yang melihat perkara itu cuba bersangka baik dengan keadaan yang berlaku , mungkin MB Kedah sedang Pandu Uji kenderaan yang sudah dibeli sebelum tempoh lockdown  "

Namun apa yang berlaku sebaliknya , selepas memeriksa dengan teliti , kenderaan yang dinaiki itu adalah kenderaan Untuk Di Pandu Uji.

Kenderaan Kedua Tidak Sempat Di Pandu Uji


Pandu Uji Kenderaan Kedua

Menyedari perkara itu , individu tersebut pergi dan memberi teguran kepada SALESMAN tersebut manakala MB kedah dan 2 lagi lelaki melayu bertetangan ketika sedang ingin membuka pintu kenderaan .

 " Dalam perbualan tersebut , beliau bertanya kepada SALESMAN adakah pusat pameran ini buka , SALESMAN terbababit menjelaskan tidak dibuka, dan mereka ini datang hanya untuk tengok sahaja . "

 " Macam mana boleh tengok, kan sekarang dalam tempoh lockdown dan saya nampak awak semua Pandu Uji juga, soal individu tersebut . Namun dinafikan SALESMAN . "

Kenderaan Yang Di Naiki Terus Beredar

Ketika perbualan individu dan SALESMAN berlaku , MB Kedah dan 2 lelaki melayu tersebut mula beredar menaiki vellfire mereka terus pergi dan hilang dari pandangan.


SALESMAN Mengeluh : Susah Cari Makan

Luahan yang dilemparkan oleh SALESMAN terbabit selepas menerima teguran dari individu tersebut menyebabkan urusan SALESMAN terbabit dan MB Kedah itu terganggu.

Individu tersebut membalas luahan SALESMAN terbabit , kerana perkara yang dilakukannya itu salah, kerana semua pusat pameran tutup .

Bila ditanya sudah melakukan imbasan suhu dan check in " Aplikasi My Sejahtera " , SALESMAN tersebut hanya menggelengkan kepala dan melarikan diri masuk ke pusat pameran.

Jika perkara ini benar , berharap pihak berwajib dapat menjalankan tanggunjawab dengan jujur dan amanah , tiada istilah Orang Kayangan ketika menjatuhkan hukum kepada pelaku-pelaku yang melanggar SOP tidak kita orang biasa dan VVIP .