Malaysia Kalah Lagi , Tersingkir Kelayakan Piala Dunia 2022

Malaysia Tewas Lagi

Dubai : Malaysia terpaksa akur apabila perjalan ke piala dunia tertutup apabila tewas kepada pasukan vietnam dengan jaringan 2-1.

Kegagalan dari segi hantaran jelas merencatkan permainan pasukan Malaysia , apabila kawalan bola mudah dipatahkan pemain vietnam.

Pada minit ke 15 pemain vietnam hampir menjaringkan gol apabila hantaran cantik dari sebelah kiri padang gagal disudahi dengan baik walaupun peluang terhidang luas.

Sepakan Syafiq Lemah Mudah
 Ditanggkap Penjaga Gawang

Sepakan Syafiq ahmad diluar kotak penalti vietnam pada minit ke 18 namun tendangannya lemah dan mudah tangkap penjaga gawang vietnam.

Vietnam akhirnya memecahkan kebuntuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke 27 hasil sepakan sudut mudah ditanduk masuk penyerang vietnam.

Malaysia cuba melancarkan serang balas bagi mendapatkan gol penyamaan namun tidak membuahkan hasil apabila gagal menyudahkan peluang-peluang yang ada hingga tamat separuh masa.

Pada awal separuh masa kedua . malaysia membuat beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Nazmi dan Akhyar Rashid .

De Paula Menyamakan Kedudukan

Pertukaran itu memberikan sedikit perubahan dan berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke 72 apabila de paula dijatuhkan dalam kotak penalti .

De paula yang mengambil sendiri sepakkan itu mudah menewaskan penjaga gawang vietnam apabila menendang masuk ke penjuru kanan gawang .

Penalti Vietnam Musnahkan Harapan Malaysia

Usaha malaysia bagi mencari gol kedua terbantut apabila vietnam berjaya menjaringkan gol pada minit ke 82 melalui sepakan penalti apabila Brendan Gan menjatuhkan penyerang lawan .

Pemain malaysia cuba membantah penalti tersebut apabila mengatakan tiada sentuhan berlaku , pemain vietnam hanya melakukan simulasi namun tidak diendahkan pengadil perlawanan .

Selepas itu tiada lagi serangan yang menarik dari kedua-dua pasukan hingga ke tiupan wisel akhir yang menyaksikan malasia tewas dengan jaringan 2-1 .

Kekalahan itu menutup terus peluang malaysia untuk layak ke Piala Dunia 2022 dan akan bertemu Thailand pada perlawanan terakhir ada 15 Jun nanti .