Mahu Tindakan Tegas Diambil Kepada Penghina Agama Islam - Yusuf Azmi


Yusuf Azmi merayu kepada pengkuatkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menghina agama islam .

Beliau hairan dengan penguatkuasa ketika ini , apabila orang islam yang melakukan sedikit kesalahan untuk membela agamanya cepat dan drastik diambil tindakan.

Tapi apabila bangsa lain membuat kesalahan , terutama bab penghinaan agama islam pula tiada  tindakan cepat dan tegas yang diambil padahal itu satu perkara yang serius.

Yusof Azmi mahu pihak berkuasa menjalankan tugas dengan jujur dan amanah agar mengambil tindakan tegas kepada penghina-penghina agama islam dengan sesuka hati.

Menurut beliau, kerana tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa , kita boleh lihat berapa banyak tentang isu penghinaan kepada agama islam yang berlaku sehingga kini.

Beliau berharap Kementerian Keselamatan Negara dan Ketua Polis Negara dapat memberi arahan kepada Ketua Polis Daerah , dimana laporan sudah pun dibuat dan berharap menangkap individu yang menghina agama islam.

Keluhan ini diluahkan Yusof Azmi melalui pengstriman video dilaman facebook beliau apabila NGO Pembela di siasat atas dakwaan kesalahan mengumpul dana bagi membantu lima penghantar makanan food panda yang ditahan pihak berkuasa.

Lima penghantar makanan tersebut ditahan pihak berkuasa kerana dikatakan telah memukul seorang individu yang memesan makanan melalui aplikasi food panda dengan menggunakan nama ALLAH .