Lelaki Mengalami Kemurungan Maut Jatuh Tingkat 10


Butterworth : Tular satu rakaman video seorang lelaki maut terjatuh dari tingkat 10 petang hari ini disebuah pangsapuri Jalan Uda Butterworth Pulau Pinang .

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara , Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian tersebut berlaku pada pukul 6:50 petang dan mangsa berusia 26 tahun .

Mangsa disahkan maut ditempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Mangsa dikatakan ke pangsapuri terbabit menunggang sebuah motosikal dan menaiki lif ke tingkat 10.

Menurut siasatan polis , mangsa yang tinggal di Taman Bayu Butterworth dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak kebelakangan ini dan sedang menerima rawatan di sebuah klinik .

Tekanan perasaan yang dihadapai mangsa dikatakan berpunca selepas perniagaan yang dijalankan gagal dan mengalami kerugian .

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk urusan bedah siasat .

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah .