Empat Pusat Pemberian Vaksin Mega Beroperasi Hari Ini

Axiata Arena Menjadi Salah Satu PPV Mega

Hari ini empat lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di kawasan lembah klang akan mula beroperasi. Ia bagi meningkatkan jumlah penerimaan vaksin covid-19 dalam program imuninasi kebangsaan.

Usaha ini dilakukan bagi mencapai sasaran kerajaan 150,000 bagi mempercepatkan pemberian vaksin  menjelang bulan hadapan.

Axiata Arena bukit jalil antara salah satu yang dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin mega bagi menggantikan PPV komplek desa tasik dan komplek komuniti muhibah.

Luas Dan Mesra O.K.U


Dengan kawasan yang lebih luas, ia juga terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti LRT bagi memudahkan penerima vaksin untuk datang dan PPV Axiata Arena ini dikatakan mesra kepada o.k.u .

Dianggarkan  4,000 penerima vaksin boleh dimuatkan dalam satu masa . Tetapi bagi permulaan untuk hari ini hanya 1,600 temu janji sahaja yang akan dibenarkan .

Selain Pusat Pemberian Vaksin Axiata Arena , 3 lagi yang bakal beroperasi hari ini adalah Pusat konvensyen Kuala Lumpur , Pusat konvensyen Setia City Shah alam dan University Teknologi Mara Pucak Alam.

Bagi penerima vaksin yang mempunyai temu janji, dinasihatkan agar untuk datang 15 hingga 30 minit lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan demi menjaga keselamatan .

Statistik Penerima Suntikan Harian 


Mengikut statistik harian yang dikeluarkan Jabatan Vaksinasi Negara , pada 6 Jun 2021 jumlah yang memerikan suntikan dos satu dan dua sebanyak 81,183 yang mana 79,620 sudah menerima dos pertama manakala 1,563 menerima dos kedua.

Keseluruhan 3,574,376 setakat ini sudah menerima suntikan vaksin , yang mana sebanyak 2,444,075 bagi penerima dos satu manakala 1,330,301 sudah melengkapkan dos kedua.

Jumlah Keseluruhan Menerima Suntikan Setakat Ini


Kuala Lumpur menjadi kawasan yang tertinggi menerima suntikan vaksin setakat ini sebanyak 406,536, diikuti Negeri Selangor 352,752 dan Sarawak sebanyak 234,435.

Perkembangan terkini bagi program imunisasi kebangsaan menunjukkan keputusan yang positif, ia hasil daripada kerjasama semua pihak dan jugak penerima vaksin .

Dengan kes harian yang tinggi , dengan mempercepatkan program imunisasi ini dapat membantu bagi membendung penularan yang lebih serius .

Kita tidak mahu tempoh lockdown yang berlaku sekarang ini akan berterusan lebih lama lagi , dan ia akan menyukarkan kehidupan ramai orang.

Bagi yang belum mendaftar untuk sesi temu janji penerimaan vaksin , boleh mendaftar melalui Aplikasi My Sejahtera atau laman sesawang www.vaksincovid.gov.my .