(Video) Buat Permohonan Maaf Lepas Permainkan Laungan Azan

Semalam tular satu video dimana tiga lelaki berbangsa india dan cina dikatakan menghina laungan azan dan bacaan suci al-quran .

Hari ini , tiga lelaki tersebut telah memuatnaik permohonan maaf dilaman facebook peribadi beliau berkenaan video yang tular itu .

" Menurut Ruban, mereka sebenarnya sedang melakukan ghost pepper challenge , akibat kepedasan dengan challenge tersebut , dia memegang kedua-dua belah telinganya dan tidak semena-mena rakannya menyusuh dia untuk laungkan azan . "

" Perkara itu berlaku secara spontan dan dia lansung tidak berniat untuk menghina laungan azan dan membaca ayat suci al-quran."

" Beliau ingin memohon maaf kepada semua umat islam atas kesilapan yang dilakukannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut."

Perakam Video


" Manakala perakam video yang dikenali sebagai Brandon Eng berkata , beliau mengaku telah memulakan dan menyuruh temannya menyebut laungan azan dan kalimah suci itu."

" Menurutnya ,dia tidak sepatutnya melafazkan ayat tersebut dan menyuruh temannya untuk laungkan azan."

" Seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Ryan berkata dia dan rakannya hanya bergurau,dia hanya mengikut sahaja apa yang dilaungkan temannya tanpa berfikir apa-apa."

" Beliau amat kecewa dan kesal dengan perlakuannya dan memohon maaf kepada seluruh umat islam dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan tersebut ."

Walaupun mereka sudah membuat permohonan maaf , netizen mahu pihak berkuasa mengambil tindakan  tegas kepada pelaku dalam video tersebut.

Tindakan mereka telah mengguris seluruh hati umat islam, dengan hanya permohonan maaf sahaja tanpa dikenakan hukuman tidak boleh diterima.

Mereka harus dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan itu , ini bagi memberi pengajaran kepada semua tidak kira bangsa dan agama agar berfikir sebelum melakukkan sesuatu.