AFC Champions League : JDT Kutip Tiga Mata Penuh , Kalahkan Ratchaburi FC


Johor Darul Takzim ( JDT)  akhirnya mendapatkan 3 mata pertama AFC Champions League apabila berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Ratchaburi FC di Stadium Rajamangala , Thailand .

Separuh masa pertama pasukan JDT yang mengawal perlawanan banyak melakukan serangan namun ketumpulan jentera hadapan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang .

JDT berpeluang mendahului pasukan tuan rumah pada minit ke-27 apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila Bergson dijatuhkan pertahanan lawan.

Bergson yang mengambil sendiri sepakan penalti itu gagal manfaatkan peluang apabila tendangan beliau ke kiri gawang mudah ke dakapan penjaga gol Ratchaburi FC .

Separuh masa kedua JDT terus menggandakan asakan ke kubu lawan , hasilnya pada minit ke-48 Leandro Velázquez meletakkan JDT dihadapan apabila menggunakan peluang kekalutan dalam kotak penalti dengan merembat kencang ke gawang Ratchaburi FC .

Selepas itu perlawanan lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan , tuan rumah berusaha keras untuk mencari gol penyamaan namun tidak berhasil hingga tamat perlawanan .

Ini menyaksikan pasukan JDT berjaya mendapatkan 3 mata penuh dan berada di kedudukan ke-2 kumpulan G dengan mengutip 3 mata, berkongsi mata dengan Pohang Steelers manakala Ratchaburi FC menghuni tangga tercorot apabila mengalami dua kekalahan berturut-turut .

Kedudukan Kumpulan G


Perlawanan seterusnya JDT akan bertemu Pohang Steelers pada 28 Jun 2021 pada pukul 10 malam waktu malaysia.