Sidang Media Perketat SOP 3.0 Petang Ini



Kuala Lumpur : Satu sidang media khas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jam 5 petang ini.

Sidang media petang ini dijangka mengumumkan mengenai penambahan prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini  yang kini angka sudah melebihi 6,000 .

BERNAMA melaporkan dalam media sosial hari ini berkata, sidang media petang itu akan disiarkan secara langsung melalui Astro Awani , myFreeview , unifi TV , LIVE FB Kementerian Kesihatan dan juga Youtube Bernama TV.

Perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataan media berkata, Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19  semalam sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa akan membuat penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, pengumuman mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang media petang ini oleh Menteri Kanan Keselamatan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Semalam ( 21-5-2021 ) menyaksikan kes positif malaysia melebihi 6000 , yang merekodkan sebanyak 6493 kes baru dan 4508 kes sembuh. Negeri selangor mencatatkan kes tertinggi dengan dengan merekodkan sebanyak 2163 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 641 dan Sarawak 612 kes .

Selain itu terdapat 18 kluster baru telah direkodkan dan 17 kluster lain telah tamat . Semalam juga menyaksikan penambahan kes kematian yang mana telah merekodkan seramai 50 orang . 18 kluster baharu yang direkodkan semalam melibatkan 10 kluster ditempat kerja , 5 kluster keagamaan dan 3 klsuter komuniti .

Kementerian Kesihatan menasihatkan agar rakyat malaysia sentiasa mematuhi SOP yang telah diberikan pihak kerajaan untuk mencegah dari jangkitan virus ini . Kementerian Kesihatan menasihati agar sentiasa mengunakan face mask ketika berada diluar rumah , menjaga penjarakan dan sentiasa menggunakan hand sanitizer . Elakkan berada ditempat yang sesak yang mana peratusan untuk terkena jangkitan amat tinggi .