Sebanyak 107,340 Dos Vaksin Diberikan Dalam Masa Sehari



Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan sebanyak 107,340 dos vaksin telah diberikan kepada penerima dalam masa sehari sahaja . Sebanyak 58,084 telah menerima dos pertama manakala 49,256 dos kedua telah menerima suntikan vaksin.

Menurut JKJAV , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah penerimaan suntikan vaksin tertinggi untuk dos pertama dengan jumlah 278,893 diikut Negeri Selangor 233,674 , Sarawak 178,140 dan Johor 151,913 . 

Manakala bagi penerima dos kedua pula , Negeri Selangor mencatat kan penerima tertinggi iaitu sebanyak 133,425 diikuti Negeri Sarawak 92,796 , Kuala Lumpur 92,351 dan Johor 88,129 .

Berikut Perincian Penerima dos satu dan dua setakat 27/5/2021 11:59 Malam . Dalam kurungan penerima yang sudah melengkapkan dos kedua .

  1. Selangor : 233,764  (133,425)
  2. Kuala Lumpur : 278,893  (92,351)
  3. Sarawak : 178,140  (92,796)
  4. Sabah : 125,659  (78,734)
  5. Johor : 151,913  (88,129)
  6. Kelantan : 81,465  (48,518)
  7. Terengganu : 69,400  (42,805)
  8. Pahang : 99,617  (70,050)
  9. Pulau Pinang : 85,165  (69,197)
  10. Perak : 143,064  (86,402)
  11. Kedah : 104,087  (63,936)
  12. Perlis : 26,934  (18,583)
  13. Melaka : 43,052  (33,861)
  14. Negeri Sembilan : 70,423  (47,82)
  15. Putrajaya : 20,029  (10,197)
  16. Labuan : 13,759  (10,046)

Sumber Gambar : JKJAV

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang menerima vaksin di Malaysia ialah sebanyak 2,712,376 . Menjadikan jumlah yang  menerima dos pertama  1,725,364 dan 987,012 dos kedua .

Bagi pendaftaran untuk penerimaan vaksin pula , sehingga 27 Mei 2021 JKJAV melaporkan telah menerima sebanyak 11,564,724 iaitu 47 peratus kapasiti penduduk malysia yang mendaftar yang ingin mendapatkan suntikan vaksin .

Sumber Gambar : JKJAV

Pihak Kerajaan berahap lebih ramai lagi mendaftar untuk menerima Vaksin bagi mencegah Pandemik Covid-19 yang melanda Negara kita ini . Bagi yang belum mendaftar boleh mengisi maklumat melalui Aplikasi My Sejahtera ataupun melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my bagi mendapatkan sesi temu janji suntukan Vaksin PPV.