Polis Siasat Pengasas Produk Kecantikan Dikatakan Mempersendakan Agama



Kota Bharu : Polis kelantan hari ini mendapat laporan berkenaan seorang pengasas produk kencantikan dikatakan telah mempermain dan mempersendakan agama Islam ketika bersiaran lansung di facebook beliau . Laporan berkenaan telah diterima pihak polis pada pukul 10:25 dari seorang individu .

Pengasas yang dari Pasir Mas Kelantan ini dikatakan telah mengeluarkan perkataan yang agak menjengkelkan apabila beliau mengaku bahawa " tidak pernah sembahyang dan memang tidak suka sembahyang " selain itu beliau juga berkata " buat apa nak sembahyang , tahun 2021 ini tak ada siapa yang sembahyang " .

Video yang berdurasi 33 saat itu tular di media sosial itu menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat dikatakan telah mempersendakan agama Islam , mereka mahu tindakan sewajarnya diambil pengasas produk kecantikan tersebut kerana jelas telah memersendakan agama .

Sumber : Netizem Malaysia


Pada oktober 2015 , pengasas produk kecantikan itu pernah ditahan polis atas dakwaan telah mencederakan dan mencabul seorang wanita dengan menggunakan kaki dan tangan. Insiden  tersebut telah berlaku di Tanjung Cat Kota Bharu dan pernah tular dimedia sosial sebelum ini .  

Polis kelantan hari ini berkata , individu tersebut akan  disiasat mengikut seksyen 505 (B) kanun keseksaan  dan seksyen 233 , Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 .

Pengasas Produk kecantikan itu semalam ada membuat satu posting dilaman facebook beliau , berkenaan video yang tular itu bahawa ada yang berniat jahat terhadapnya dengan hanya memaparkan video bukan durasi yang penuh. Tapi hanya memaparkan durasi yang mana ketika beliau mengeluarkan perkataan perkataan yang menjengkelkan.

Menurut rakan terdekat Pengasas Produk Kecantikan itu , ini berlaku apabila dikatakan beliau berang dengan komen komen ketika bersiaran lansung apabila mempertikaikan cara percakapan beliau ketika bersiaran lansung dan etika pemakaian beliau , hal itu menyebabkan beliau mengeluarkan perkataan tersebut tapi dengan niat bergurau .

Sumber : Tik Tok 

Beliau juga dikatakan banyak membantu mangsa rumah terbakar dan memberi sumbangan makanan kepada fakir miskin yang tidak berkemampuan ketika pandemik Covid-19 yang melanda Negara kita ketika ini .

Hari ini laman facebook beliau juga dikatakan tidak dapat diakses , ini menjadi pertanyaan masyarakat sama ada beliau telah membuat private ataupun telah disekat pihak facebook lantaran kontrovesi yang berlaku .