Pesakit Berpotensi Untuk Sembuh Diutamakan Menggunakan Katil ICU - Tan Sri Dr Noor Hisham


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Doktor kini mengutamakan pesakit COVID-19 yang berpotensi tinggi untuk sembuh berbanding pesakit yang rendah untuk menggunakan Katil Unit Rapi ( ICU ) .

Menurut beliau ini adalah pilihan yang sukar itu harus dibuat kerana kes positif COVID-19 kini amat tinggi yang melebihi kemampuan petugas untuk merawat pesakit .

Kebanyakan Katil Unit Rapi (ICU) Hospital kini telah digunakan untuk pesakit COVID-19 berbanding pesakit lain untuk menggunakan agak tipis . Keadaan itu amat menggusarkan bagi para petugas kesihatan  dan pesakit bukan COVID-19 . 

Katil Unit Rapi ( ICU ) telah ditambah , walau bagaimanapun kadar penggunakan katil masih melebihi paras 100 % menyebabkan ada pesakit yang terpaksa menerima rawatan di wad biasa . 

Dengan kes postif kini yang melebihi 9.000 menambahkan lagi kegusaran kerana pasti jumlah pesakit yang memerlukan Katil Unit Rapi juga akan terus meningkat .

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata , kini pihak Hospital akan mengenalpasti ruang di Hospital untuk ditukar fungsi bagi dijadikan Katil Unit Rapi dan menyediakan kelengkapan yang cukup. 

Namun begitu , tenaga perawat menjadi cabaran utama kepada kita kerana ramai tenaga perawat terpaksa digunakan untuk pelbagai fungsi untuk pengurusan COVID-19 . Antaranya pakar bedah terpaksa dikerahkan bagi membantu untuk merawat pesakit pesakit COVID-19 . 

Inilah hakikat yang harus kita terima , perkara yang jelas amat merisaukan jika kes positif terus meningkat lebih tinggi ,ini akan menyebabkan kita terpaksa memilih pesakit pesakit yang hanya berpotensi untuk sembuh berbanding pesakit lain untuk menerima rawatan .

Kerana COVID-19 ini boleh dijangkiti kepada semua orang tidak kira muda atau tua , sentiasalah menjaga keselamatan diri dan mematuhi setiap arahan yang diberikan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia demi membendung Pandemik COVID-19 ini .