Kluster Raya Yang Dijangka Akhirnya Berlaku


PUTRAJAYA : Sehingga 29 Mei 2021 , jumlah kes harian postif Covid-19 di Malaysia yang dilaporkan adalah 9,020 yang menjadikan jumlah keseluruhan 558,534 kes .Kes sembuh baharu 5,527 (479,666) dak kematian 98 (2,650) . Kes postif hari ini adalah kes harian paling tinggi yang direkodkan. 

Untuk pecahan mengikut Negeri ,  Selangor masih lagi mecatatkan kes paling tinggi sebanyak 2,836 diikuti Negeri Kelantan 907 kes dan Negeri Sembilan 898 kes . 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia , pergerakan besar besaran yang berlaku walaupun kerajaan telah melarang dari merentas Negeri dan Daerah . Sanggup mengambil risiko melalui jalan jalan tikus untuk merentas Negeri dan Daerah salah satu punca kes harian naik dengan mendadak .

Situasi ini menyebabkan jangkitan wabak dari satu kawasan ke kawasan yang lain , dengan berlakunya perkara begini akan menyukarkan kita untuk membendung pandemik Covid-19 ini .

Ini terbukti , apabila Kerajaan yang telah melarang untuk tidak berkumpul dan ziarah raya akhirnya mewujudkan Kluster raya  .  Gara gara kedegilan segelingir yang masih ingkar dengan arahan kerajaan hanya kerana ingin beraya sanggup merentas negeri semata mata untuk beraya .

Salah satu situasi yang telah dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana individu ini ada sejarah balik beraya .  Kluster di Mukim Temelong apabila individu bergejala ini yang pulang dari Melaka dan apabila beliau kembali semula ke Melaka , telah menyebabkan 10 pekerja pejabat disahkan positif  Covid-19 .

Segala SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Kesematan Negara adalah untuk mengelakkan perkara ini berlaku , musibah yang berlaku ini adalah dari kita sendiri yang degil , ingkar dengan arahan yang ditetapkan kerajan .

Akhirnya , kita sendiri terpaksa menanggung apabila Kerajaan Terpaksa melaksanakan Penutupan Penuh Semua Sektor ( LOCKDOWN ) yang bermula 1 Jun sehingga 14 Jun . Ini menyebabkan ramai yang terkesan apabila Penutupan Penuh Semua Sektor ini dilaksanakan terutama kepada golongan yang bergaji hari dan peniaga peniaga kecil . 

Sentiasalah mengikut SOP yang ditetapkan pihak Kerajaan,apa yang dilakukan pihak Kerajaan demi membedung wabak ini dari terus merebak yang mana boleh melumpuhkan sektor ekonomi kita ,dan  mungkin lebih ramai lagi akan terkesan apabila ekonomi kita semakin teruk.

Sentiasa jaga keselamatan diri bagi sama sama membendung Pandemik Covid-19 dari terus merebak . Sentiasa menggunakan pelitup muka dan hand sanitizer . Kita mampu mengubahnya . 

KITA JAGA KITA .