Kes Positif Harian Tertinggi Direkodkan Hari ini


PUTRAJAYA : Sehingga 28/5/2021 Kes positif Covid-19 yang dilaporkan adalah 8,290 kes dengan jumlah keseluruhan positif Covid-19 di Malaysia (549,514 kes). Selangor mencatat kes tertinggi hari ini dengan jumlah yang positif 2,052 diikuti Kelantan 851 , Kuala Lumpur 830, Johor 762 dan Sarawak 698 .

Jumlah positif setakat hari ini merupakan kes positif harian tertinggi baharu yang telah direkodkan .

Berikut Pecahan Mengikut Negeri Kes Harian Tertinggi Di Malaysia . Dalam kurungan jumlah keseluruhan kes setiap Negeri .

  1. Selangor - 2,052 (179,502)
  2. Kelantan - 851 (25,574)
  3. WPKL - 830 (56,862)
  4. Johor - 762 (56,993)
  5. Sarawak - 698 (45,436)
  6. Kedah - 544 (17,555)
  7. Negeri Sembilan - 520 (24,686)
  8. Pulau Pinang - 421 (27,705)
  9. Perak - 405 (19,895)
  10. Melaka - 380 (11,192)
  11. Sabah - 308 (61,582)
  12. Pahang - 254 (8,903)
  13. Terengganu - 207 (8,164)
  14. WP Putrajaya - 44 (1,822)
  15. Perlis - 8 (473)
  16. WP Labuan - 6 (3,170)

Sumber - Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia , hari ini merekodkan kes Kematian seramai 68 orang dan 808 orang berada di unit rawatan rapi ICU . Terdapat 21 Kluster Baharu dan 21 Kluster yang tamat . Dari 8,290 kes harini , 2 daripadanya import . Ini menjadikan keseluruhan Covid-19 Malaysia sebanyak 549,514 dan kes masih aktif sebanyak 72,823 manakala kes sembuh sebanyak 4,818 menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 474,139 . 56 kes kematian hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian ialah sebanyak 2,552 . Kalangan 808 individu yang berada di unit rawatan rapi ICU , 403 individu memerlukan bantuan pernafasan .

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan masyarakat untuk sentiasa patuh denga SOP yang ditetapkan dan tidak melanggar mana mana arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan . Ini bagi mengurangkan kes jangkitan Negara kita yang kini dalam keadaan serius .

Sentiasa menggunakan Hand Sanitize dan Pelitup Muka ketikaa ingin keluar rumah . Sentiasa menjaga jarak 1 meter dan elakkan berada dikawasan sesak . Sentiasalah menjaga keselamatan diri , kita mampu mengubahnya dengan mematuhi segala SOP yang diberikan pihak Kerajaan Malaysia . SOP ini untuk menjaga kesematan kita , keluarga dan orang ramai . Insyallah . KITA JAGA KITA .