Ibu Neelofa Nafi Hina Sultan Johor , Orang Lain Yang Guna Akaun IG itu


Ketua Polis Siasatan Jenayah Selangor Nik Ezanee Mohd Faisal berkata , Polis Selangor akan mengambil alih siasatan dakwaan ibu kepada Selebriti dan Usahawan terkenal , Neelofa yang dikatakan telah menghina Sultan Johor dilaman Instagram beliau . Keterangan ibu kepada Neelofa tersebut sudah diambil dan akan dipanggil semula pihak Polis jika perlu .

Menurut keterangan yang diberikan kepada pihak Polis , ibu kepada Neelofa memberitahu bahawa wanita berusia 32 tahun telah tersilap menggunakan akaun Instagram beliau dan telah memuat naik IG story yang memaparkan berita TV3 Malaysia , yang bertajuk " SULTAN JOHOR CADANG SEKATAN PENUH BERSASAR " .

Ibu kepada Neelofa yang membuat laporan Polis semalam kesal dengan perkara yang berlaku dan pastikan perkara ini tidak akan berulang , yang mana akan mencemarkan nama baik beliau .

Ini lantaran seorang individu yang juga kakitangan Noor Khan Internasional SDN BDH dikatakan telah tersalah menggunakan akaun Instrgam beliau untuk memuat naik IG Story .

Sumber : Instragram

Individu yang dikatakan tersalah menggunakan akaun Instagram ibu Neelofa hari ini memuat naik satu Status Permohonan Maaf kepada sultan johor dilaman peribadi Instragram beliau .

Dalam surat Permohonan Maaf itu , beliau yang juga pengurus kepada ibu neelofa tersilap memuat naik tangkapan layar ke akaun Instagram ibu kepada Neelofa , katanya lagi tangkap layar tersebut hanya untuk rujukan kepada beliau dan tiada niat untuk memuat naik ke laman Instagran ibu Neelofa . 

Sumber : Instagram


Kontroversi itu mencetuskan ketidakpuasan hati kepada masyarakat terutama Bangsa Johor yang mengatakan perkata ini amat serius dan keterlaluan  kerana telah menghina Sultan Johor .

Mereka mahu ibu kepada Neelofa perlu disiasat secara terperinci dan meminta agar Sultan Johor untuk mengambil tidakan tegas kepada individu tersebut .

Pelbagai reaksi netizen dilontarkan mengatakan ini hanya satu publisiti yang digunakan untuk mencari engagement bagi melancarkan produk produk terbaru mereka . Menurut netizen , pengurus yang memuat naik Status Permohonan Maaf itu hanya dijadikan kambing hitam bagi menutup kesalahan yang dilakukan ibu kepada Neelofa .

Semoga Ini memberi pengajaran kepada pembaca  "Ape Hal " agar lebih berhati-hati ketika membuat sesuatu posting bagi mengelakkan perkara ini terjadi . MAKAN TAK HABIS BOSKU .