Ebit Lew Mohon Doa Misi Bantuan Gaza Palestin


Ustaz Ebit Lew hari ini memuat satu posting Dilaman Facebook yang meminta doa dalam misi bantuannya ke Gaza Palestine . Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kebaikan dengan membantu pelbagai masyarat tidak mengira agama dan bangsa .

Dalam posting dilaman facebook beliau , dia berterima kasih kepada Dato’ Seri Hishammuddin dan Wisma Putra kerana menyokong dan membantu segala urusan untuk misi bantuan ke Gaza Palestine . Beliau berharap setiap usaha yang dilakukan ini adalah demi rakyat palestin yang mana kita tahu kedupan merek disana tidaklah seperti negara tercinta kita Malaysia .

Dato’ Seri Hishammuddin hari ini menyatakan ini adalah usaha yang amat mulia yang dilakukan Ustaz Ebit Lew untuk saudara saudara kita yang berada di Gaza Palestine . Beliau turut mendoakan rombongan misi kemanusian yang dilakukan Ustaz Ebit Lew dipermudahkan segala urusan dan dilindunggi Allah S.W.T sepanjang di Mesir .

Kementerian luar negeri juga menyatakan sokongan penuh apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew dan berharap lebih ramai NGO lain tampil untuk menggerakkan misi bantuan kemanusian ke Gaza Palestine . 

Walaupun misi ini adalah inisiatif sendiri rombongan Ustaz Ebit Lew , Wisma Putra menasihatkan agar sentiasa berhubung, bekerjasama dan sentiasa patuhi setiap arahan keselamatan drpd pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah nanti .


Ustaz Ebit Lew berkata , beliau berterima kasih atas sokongan sokongan masyarat dan tidak lupa juga kepada Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail yang sentiasa memberi sokongan dan juga bantuan dalam misi bantuan kemanusian tidak kira dalam Negara atau luar .

Pelbagai reaksi positif diberikan masyarat untuk misi kemanusian Ustaz Ebit Lew kali ini , mereka mendoakan agar misi ke Gaza Palestine dipermudahkan segala urusan dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan dilindunggi Allah S.W.T . 

Sebagai rakyat malaysia , kita harus berbangga dengan adanya insan yang bernama Ustaz Ebit Lew yang sentiasa memberi bantuan kamusian disaat ada ramai insan insan yang memerlukan tidak kira agama dan bangsa . Semoga Allah S.W.T membalas semua kebaikan kebaikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan sentiasa Dirahmati Allah S.W.T .