Sinopsis Drama Cina Buta


 Drama terbaru saluran Astro Ria , Cina Buta bakal menemui penonton dalam slot megadrama yang bakal ditayangka pada 19 Disember 2022 pada pukul 10 Malam disaluran Astro Ria 104 dan juga melaui aplikasi Astro Go .

Cina buta sinonim bagi masyarakat Malaysia yang mana suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak 3 atau pun telah berlaku percerain sebanyak 3 kali. Drama ini dilakonkan Oleh Ungku Imran , Nad Zainal , Alif Aziz , Puteri Aishah dan ramai lagi.

Cina Buta mengisahkan pasangan Mia Sara dan Sharnaz yang sudah lebih lima tahun berumah tangga namu dalam kehidupan suami isteri mereka sering bertengkar dan berlaku penceraian kali yang ke 3 yang mana mereka tidak boleh rujuk semula .

Sharnaz yang mula sedar akan cintanya kepada Mia Sara, beliua menyarankan bekas isterinya untuk berkawhin dengan seseorang sebagai ' Cina Buta ' agar Sharnaz dapat kembali berkahwin dengan Mia Sara namun perkara itu ditentang bekas isterinya.

Alif yang muncul dalam hidup Mia Sara dan mereka ambil keputusan untuk berkahwin , namun tanpa Mia Sara sedari bahawa Alif sebenarnya ' Cina Buta ' yang telah diupah oleh bekas suaminya Sharnaz dan tanpa diduga Alif telah jatuh cinta kepada Mia Sara .

Adakah Alif sanggup menceraikan Mia Sara demi Sharnaz yang telah merancang semuanya demi mendapatkan kembali bekas isterinya ? Jangan lupa untuk menyaksikan episod penuh Drama Cina Buta pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 Malam disaluran Astor Ria .