Penalti Safawi Rasid Berikan Kemenangan Malaysia Di Bumi UAE

Safawi Meraikan Jaringan Bersama Pasukan


Pasukan Malaysia akhirnya berjaya memberi sedikit kecerian kepada penyokong apabila berjaya mendapat kemenangan pada perlawanan terakhir kelayaakan piala dunia 2022 di bumi UAE.

Safawi Rasid menjadi hero Malaysia apabila menjaringkan gol pada minit ke-52 menerusi sepakan penalti diberikan pengadil selepas beliau dibentes dari belakang oleh pemain pertahanan Thailand.

Kemenagan tersebut mengubat luka apabila gagal meneruskan pejuangan bagi kelayakan piala dunia 2022 dengan mengalami dua kekekalahan berturut-turut kepada pasukan tuan rumah UAE dan Vietnam.

Dengan kemenangan ini menyaksikan pasukan Malaysia berkedudukan ditangga ketiga kumpulan G mengumpul 12 mata layak ke pusingan ketiga bagi kelayakan piala asia 2023.

Manakala pasukan Thailand pula yang berada dikedudukan keempat akan bermain perlawanan play off bagi memburu slot ke pusingan ketiga kelayakan piala asia 2023.

Kesebelasan Utama Menentang Thailand


Cheng hoe yang membuat rombakan dengan membawa masuk pemain seperti Khairul Azhan sebagai penjaga gol utama, Syahmi Safari , Nazmi Faiz , Arif Aiman dan Akhyar Rashid dalam kesebelasan utama perlawanan menentang Thailand malam tadi.

Pemainan kedua-dua pasukan agak seimbang apabila saling berbalas serangan namun ketumpulan jentera serangan dan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang menyaksikan berakhir tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa.

Cheng hoe  membuat dua pertukaran pada separuh masa kedua apabila memasukkan Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad menggantikan Arif Aiman dan Berandan Gan .

Kemasukan Safawi akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila beliau dibentes dari belakang pemain pertahanan Thailand.

Safawi yang mengambil sendiri sepakan itu berjaya menewaskan penjaga gawang Thailand dengan sepakan deras walaupun cuba ditepis keluar namun gagal.

Kedudukan itu kekal sehingga penghujung perlawanan walaupun Thailand cuba membuat beberapa gerakan namun tidak berjaya.