Jual Motosikal Bapa , Untuk Jumpa Kenalan Lelaki Game Free Fire

Batal hasrat Untu Ke Jakarta


Seorang gadis yang berusia 15 tahun sanggup menjual motosikal ayahnya semata-mata untuk berjumpa dengan lelaki yang dikenali melalui permainan game online , Free Fire .

Perkara itu tular apabila seorang wanita dikenali sebagai monik bekerja dilapangan terbang itu terlihat gadis itu sedang menangis dan seperti kebingungan .

Monik menghampiri gadis itu dan bertanyakan tentang keadaannya , gadis itu mendedahkan yang dia berasal dari jambi dan ingin ke jakarta untuk bertemu teman lelakinya.

Menurut Monik , gadis itu menjual motosikal bapanya untuk mendapatkan uang bagi membeli tiket penerbangan dari jambi ke jakarta dan perbelanjaannya .

Gadis itu yang memberontak dan nekad untuk bertemu teman lelaki akhirnya membatalkan hasratnya setelah videonya tular dan diketahui ahli keluarganya.

Namun perbuatannya itu sia-sia , apabila kenalan lelaki yang ingin dia ketemu tidak bersedia untuk menemui dirinya . 

Hal itu menyebabkan gadis itu menangis dan kebingungan sebelum dihampiri monik .

Menurut pengurus besar lapangan terbang jambi , mengikut jadual gadis itu akan berlepas ke jakarta pada pukul 5.45 petang selasa , namun membatalkan penerbangannya setelah diketahui ahli keluarga .

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan ibu bapa harus sentiasa memantau anak-anak mereka agar tidak terjerumus ke arah kurang baik .