Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia


Takdir Cinta Dhia , drama 40 episod bakal ditayangkan saluran Astro Prima dalam slot tiara pada 12 september 2022 setiap hari Isnin hingga jumaat pada pukul 6 petang yang bakal menggantikan drama cinta hilang kata yang akan tamat pada 9 september nanti.

Drama Takdir Cinta Dhia ini diarahkan oleh Idoran Abdul Ramham manakala skrip pula ditulis oleh Nieza Nahar yang diproduksikan oleh Suhan Movie & Trading mengisahkan tentang dendam keluarga dan juga hasad dengki dalam keluarga.

Dibarisi oleh pelakon - pelakon hebat seperti Dato Aron Aziz yang memegang watak sebagai Fayyad iaitu seorang ketua gangster yang tidak diketahui oleh sesiapapun manakala Elvina Mohamad yang memegang watak sebagai Dhia.

Kehidupan Dhia menjadi sukar apabila kematian bapanya dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk bertemu tunangnya buat kali pertama , selepas kejadian itu Dhia tidak sempat untuk bertemu dengan tunangnya Huzair yang dilakonkan oleh Shahz Jazle apabila dibawa pulang kerumah Fayyad.

Dalam masa sama , Fayyad yang juga abang ipar kepada Dhia aman membenci kepada keluarga beliau dan juga kakak ipar beliua , Tasha juga mempunya perasaan hasad dengki terhadap Dhia menjadikan kehipan Dhia menjadi lebih sukar.

Walaubagaimanapun takdir telah menemukan Huzair dan Dhia selepas Huzair tekad untuk pulang ke Malaysia dan menetap  untuk mencari tunangnya dan beliau berjaya . Namun pelbagai dugaan yang harus ditempuhi oleh mereka oleh kerana dendam keluarga dan juga hasad dengki orang terdekat mereka .

Dapatkah Dhia menemui cinta sejati dan berbahagia ? jadi jangan lupa untuk menyaksikan drama 40 episod ini disaluran Astro Prima dan jugak Video On Demand Astro Go pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang .