Keputusan Penuh Muzikal Lawak Superstar Musim 3


Kini sampai ke kemuncaknya bagi rancangan Muzikal Lawak Superstar Musim 3 bagi tahun 2022 apabila 4 kumpulan yang layak ke peringkat akhir, bagi merebut hadiah kejuaran keseluruhan sebanyak RM300,000 yang ditawarkan kali ini.

4 kumpulan yang layak ke minggu akhir adalah dari kumpulan Cili yang diangotai oleh Achey , Shiha Zikir dan Ali Puteh . Kumpulan Ubi , Fad Bocey , Nami dan Sharif Zero . Kumpulan OOD , Zahid , Man , Chiwan . Kumpulan Bahroy , Roy Azman , Shashic dan Nizam .

Pada minggu separuh akhir , 4 pasukan ini telah membuat persembahan yang menarik bagi melayakkan diri ke minggu akhir yang mana pada minggu separuh akhir kumpulan Arteh tersinggkir dan gagal untuk ke minggu akhir ,

Minggu akhir pastinya akan lebih menarik yang mana ramai tahu setiap kumpulan ada kelebihan lawak yang tersendiri dan mempunyai penyokong yang ramai . Yang mana kita tahu 50 peratus markah terdiri daripada undian penyokong masing dan 50 peratus lagi dari pihak juri .

Jadi pasukan manakah yang akan menjuarai Muzikal Lawak Superstar bagi musim ke - 3 pada tahun 2022 kali ini , jadi jangan lupa untuk menyaksikan minggu akhir pada 23 september 2022 pada pukul 9 malam hanya disaluran Astro Warna dan juga strim diaplikasi Astro Go .

Update

Kumpulan Ubi menjadi juara Muzikal Lawak Superstar Musim Ke - 3 selepas berjaya membuat persembahan menarik dimana kedua - dua persembahan mereka berjaya menarik hati juri dan penonton dengan mendapat 5 Bintang . 

Sekaligus menyaksikan kumpulan UBI menjadi juara dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM150,000 dan juga piala . Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Muzikal Lawak Superstar Musim Ke - 3.

Keputusan Penuh Muzikal Lawak Superstar 3

Juara - RM 150,000
Kumpulan - UBI

Naib Juara - RM75,000

Kumpulan - CILI

Tempat Ke 3 - RM50.000
Kumpulan - BAHROY

Tempat Ke 4 - RM25,000
Kumpulan - OOD

Superstar Muzikal Lawak Musim 3
Shiha Zikir Dari Kumpulan Cili .