Sinopis Melur Untuk Firdaus


Diadaptasi dari novel ' My Rude Wife ' karya Nor Cinta bakal ditayangkan dalam slot lestary TV3 bermula 27 mei ini yang diarahkan oleh Zamri Zakaria .

Drama ini dibintangi oleh Meerqeen yang memegang watak sebagai Firdaus dan digandingkan bersama Anna Jobling yang memegang watak sebagai Melur .

Mengisahkan Firdaus yang menentang keputusan Ibu - Bapanya untuk kahwinkan beliau dengan meluar , ini kerana Firdaus sudah pun mempunyai teman wanita bernama Dee lakonan Nesa Idrus.

Ibu - Bapa Firdaus memberikan tempoh selama 48 jam untuk mendapatkan Dee bagi mengahwininya , namun Dee masih belum bersedia untuk mempunyai sebarang ikatan perkahawinan .

Melur yang mengetahui perkara itu amat berasa sedih kerana beliau mempunyai perasaan terhadap Firdaus namun sebaliknya bagi Firdaus.

Jangan lupa untuk menyaksikan drama Melur Untuk Firdaus yang akan mula bersiaran 27 mei setiap hari rabu hingga sabtu pada pukul 9 malam di TV 3 dan juga Disney Hotstar .